Teori yang harus ditolak sepenuhnya di dalam dunia ini ialah Teori Darwin. Saya yakin, anda pasti biasa dengan teori yang menyatakan bahawa manusia ini berasal dari spesis beruk yang mengalami evolusi. Apakah yang berlaku selepas teori ini di anggap sebagai ‘manual’ yang terbaik di dalam memahami hakikat kejadian manusia ini? Anda pernah mendengar tentang Karl Marx? Lenin? Kemudian sistem kehidupan kapitalisme, sekularisme, komunisme dan sebagainya? Inilah produk yang terbentuk hasil dari ‘manual’ Darwin.
Manusia akan jauh dari kebenaran jika tidak menggunakan ‘manual’ dari Tuhan. Seperti kisah televisyen tadi, jika si pembaiki itu tidak pandai untuk menggunakan manual sebenar bagi televisyen tersebut dan menggunakan ‘manual’ akalnya atau pengalaman dirinya, mungkin televisyen itu menjadi rosak dan tidak mungkin dapat digunakan lagi akibat litar pintas. Ini semua adalah akibat pengalaman sendiri yang tidak ada kebenarannya.
Itulah yang berlaku di dalam dunia ini. Apabila manusia menghadapi permasalahan di dalam ekonomi, politik malah sosial, maka mereka menggunakan akal semata-mata dan tidak berpandukan ‘manual’ dari Tuhan, maka akhirnya permasalahan yang cuba di atasi di dalam kehidupan mereka menjadi tersasar dari matlamat yang sebenar dan terkeluar dari nilai fitrah.