Perkongsian ini adalah bertujuan untuk memperbaiki semula dimensi kefahaman dan penghayatan mengenai Asmaul Husna ini agar terpelihara kesuciannya. Perkara ini amat penting untuk kita semua melihat semula dan memahaminya dengan baik. Di dalam hadith riwayat Bukhari ada menyatakan bahawa
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga"
Hadith ini adalah bertaraf sahih. Tetapi pemahaman di dalam hadith ini perlu dilihat semula kerana ianya dikategorikan di dalam hadith musykil (Hadith Musykil-Hafiz Firdaus). Ia menjadi tanda tanya, adakah dengan menghafal 99 nama tersebut, maka dijamin masuk syurga? Dan
Bagaimanakah cara menghafal itu? Adakah ianya semata-mata hafal dan ingat di kepala sahaja? Persoalan lain pula timbul, adakah orang yang berdosa, sering melakukan maksiat, tetapi mereka menghafal keseluruhannya, akan terus ke syurga? Persoalan inilah yang mana jawapannya ialah mereka itu benar benar memahami dan menghayati kewujudanNya melalui Asmaul Husna ini adalah dengan cara ia benar-benar taat.